PENGENALAN


          Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk berakhlak mulia dan berpegang kepada ajaran Al-Quran. Dengan itu, kita akan bertindak mengikut perasaan dan berfikir secara waras.  Namun, sebahagian umat Islam bertindak sebaliknya dengan mengikut ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah semangat radikalisme ataupun bertindak secara radikal yang bermaksud berlebihan dalam memahami sesuatu fahaman dalam beragama. 

          Ekstremisme pula berasal daripada perkataan ekstrem yang bermaksud hal yang berkenaan faham atau kepercayaan yang keterlaluan atau berlebihan dan bertindak melampaui batasan. Mereka yang bertindak secara radikal dan ekstrem  sering menentang ajaran yang benar dan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kerana mereka merasakan berada di jalan yang benar. Antara golongan popular di Malaysia yang sering kita lihat dan dengar antaranya adalah golongan Liberal, LGBT, golongan yang memperjuangkan hak sama rata jantina, Anti-hadis dan Syiah serta golongan Daesh atau Isis. Golongan-golongan seperti mereka boleh mendatangkan impak negatif kesan buruk kepada umat Islam kerana mereka tidak mengamalkan ajaran Islam yang benar.

Comments