Kesamarataan gender/jantina menjanjikan peluang sama
rata antara lelaki dan wanita untuk menyumbang dan mengecapi manfaat
daripada pembangunan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik tanpa
sebarang halangan atau batasan. Untuk tujuan itu, undang-undang yang
dianggap mendiskriminasikan wanita akan dipinda bagi memastikan hak
wanita dihormati, dilindungi dan dipenuhi.
Islam telah
meletakkan kedudukan seseorang wanita di puncak yang mulia yang mampu untuk
menyinar dan mengharumkan dunia. Maka tidak hairanlah wanita masa kini dilihat
sering mencapai kegemilangan dan pelbagai kejayaan yang membanggakan di dalam
apa jua bidang yang mereka ceburi. Sebagai contoh, jika dahulu wanita sering ditolak
dan dipinggirkan dari menjadi salah seorang yang berjawatan penting dalam
sesebuah pucuk pimpinan politik, tetapi semuanya telah berubah dimana wanita
mula diberikan hak untuk bersuara disamping menyuarakan pendapat tentang
sesuatu isu yang timbul seperti yang dapat dilihat dengan tertubuhnya
Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang merupakan satu wadah untuk r
wanita menyuarakan pendapat.
Ajaran Islam juga menjunjung tinggi harga
diri dan kemuliaan seseorang wanita dengan menempatkan mereka sebagai anak,
isteri, ibu dan ahli serta sebagai seorang pemimpin masyarakat. Selaras dengan
fitrah semula jadi wanita yang dikurniakan dengan satu aka1 dan sembilan nafsu
serta naluri keibuan, Islam menyarankan pekerjaan yang sesuai dalam bidang
kemasyarakatan. Namun, wanita masa kini masih diberi kelonggaran menceburi
bidang korporat, keusahawanan, perniagaan, kejuruteraan, dan pertahanan asalkan
mereka pandai dalam menjaga maruah diri berdasarkan ciri-ciri Islam yang
disyariatkan.
Walaupun kerjaya wanita yang dihasilkan
adalah tinggi, tetapi jika dilihat secara terperinci dalam sektor perindustrian
khususnya, golongan ini masih sedikit terutamanya yang menuntut kepada
kemahiran dalam tugas pekerjaan. Fenomena ini disebabkan oleh kewujudan
diskriminasi gender terhadap golongan wanita yang lazimnya dilakukan oleh pihak
industri dalam proses pengambilan pekerja. Antara diskriminasi gender yang
telah dilakukan dalah seperti berikut:
1. Di
beberapa industri dalam sektor swasta, masih wujud diskriminasi dari aspek upah
diantara pekerja lelaki dan wanita bagi nilai kerja yang sama. Misalnya,
perbezaan upah di antara operator pengeluaran lelaki dan wanita. Keadaan ini
adalah manifestasi tanggapan masyarakat yang melihat wanita sebagai pencari
nafkah kedua dan sumbangan wanita diberi penilaian yang lebih rendah berbanding
dengan sumbangan pekerja lelaki.
2. Pekerja wanita juga lebih sukar untuk
meningkat dalam kerjaya mereka oleh kerana beberapa faktor, antaranya ialah
kurangnya peluang untuk mempertingkatkan kemahiran melalui latihan. Kebanyakan
pekerja wanita 'dalam sektor awam dan swasta berada di tahap yang rendah serta hanya
terlibat di dalam pengurusan peringkat rendah dan pertengahan sahaja.
KAEDAH MENGATASI ISU KESAMARATAAN GENDER
i. Hendaklah beriman kukuh dengan al-Quran yang telah ditanzilkan oleh Allah SWT
dan al-Sunnah sebagai dua sumber utama yang pasti dapat menyelamatkan kehidupan.
ii. Keluarga berperanan penting dalam mendekati ahli keluarga yang terlibat dalam isu
ini. Ahli keluarga boleh membimbing dengan mengajak untuk kembali menuntut ilmu
agama. Seorang wanita harus mula mempelajari ilmu yang berkaitan wanita, seperti
hukum fekah untuk menjaga diri sebagai seorang muslimah dan tidak terpengaruh
dengan serangan pemikiran Barat. Wanita juga boleh mengikuti usrah-usrah yang
diperkenalkan oleh beberapa NGO sebagai pengisian rohani dan jasmani.
iii. Dari sudut pendidikan di kolej atau universiti juga boleh diberi pendedahan dengan
menganjurkan forum dan seminar kepada pelajar supaya lebih prihatin dengan isu
semasa yang ada. Pelajar yang berada di institusi tersebut sangat penting untuk diberi
pendedahan kerana mereka lebih terdedah dengan pelbagai isu.
iv. Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam menangani isu ini. Masyarakat
boleh menganjurkan program berbentuk kempen kesedaran dan menyebarkan risalah
yang berkaitan dengan ancaman golongan yang memperjuangkan hak kesamarataan
gender.
v. Golongan ilmuwan boleh menghasilkan buku yang mendedahkan konsep
kesamarataan gender menurut perspektif Islam. Pendedahan tentang gerakan dan
perjuangan golongan ini perlu dirancakkan menerusi penulisan.
vi. Pihak kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri boleh bekerjasama dengan manamana NGO untuk menganjurkan seminar tentang isu ini supaya masyarakat lebih
cakna dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka.
vii. Media massa juga dapat berperanan sebagai penyalur maklumat atau isu-isu semasa
dengan lebih pantas. Melalui media juga dapat memberi pendedahan melalui iklaniklan tentang isu kesamarataan gender.
Comments
Post a Comment