GOLONGAN ANTI HADIS


ABSTRAK

1. Cetusan pemikiran golongan anti hadis membuktikan terbatasnya akal manusia untuk mentafsirkan agama mengikut akal yang lemah dan terbatas. Ini menunjukkan bahawa tidak mungkin ilmu wahyu agama itu ditafsir mengikut kehendak akal dan nafsu yang mana akibatnya boleh mengakibatkan kecelaruan dan porak peranda di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan menggunakan analisis dokemen, kajian ini mendapati golongan anti hadis adalah satu agenda tipu daya daripada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam melalui dalaman. Ini menunjukkan ia adalah satu pemikiran yang sudah semestinya perlu ditolak dan wajar mengambil tindakan di atas cetusan pemikiran dan pemahaman yang sangat merbahaya ini. Kerana, Islam tidak mengambil hujah dari Al-Quran semata-mata, hujah-hujah daripada Al-Quran itulah yang akan diterangkan oleh Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم bagi menerangkan apa yang tidak terang dari AlQuran.

2. Penyebaran pemikiran anti hadis di Malaysia kini semakin membimbangkan. Sektor pendidikan juga turut terkesan daripada bahan pemikiran sesat ini. Umat Islam sepatutnya menyedari bahawa pemikiran ini telah cuba merosak Islam secara keseluruhannya. Mereka telah berjaya melatih kader-kader di kalangan cendekiawan Islam sendiri dalam usaha merealisasikan pemikiran mereka. Demi menjaga kesucian Islam, pemikiran anti hadis ini haruslah di hapuskan. Oleh itu tujuan kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian yang telah diamalkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Metode kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan oleh pengkaji bagi menyelesaikan permasalahan kajian ini. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menemui pelbagai langkah-langkah pembanterasan dan penyelesaian bagi kemelut pemikiran anti hadis yang mana telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan masyarakat sendiri. Dapatan daripada kajian boleh menjadi garis panduan dalam memaksimumkan pembanterasan kemelut Golongan Anti Hadis daripada tersebar luar. Bukan itu sahaja kajian ini di harapkan dapat membantu para ahli akademik untuk mengenalpasti kesan-kesan penyelesain yang telah terlaksana.



PENGENALAN

Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadis ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka, beberapa ayat al-Qur’an cuba diselewengkan tafsirannya. Kebanyakan penyelewengan mereka melibatkan soal akidah, politik, dan feqah. Dalam soal akidah, golongan ini meletakkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sekadar pengikut Nabi Ibrahim AS. Menurut mereka Nabi Ibrahim AS adalah pesuruh Allah SWT bukannya Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, mereka mendakwa solat, puasa, zakat, dan amalan-amalan ibadah lain harus mengikut Nabi Ibrahim AS. Golongan anti Hadis juga menyelewengkan ayat-ayat al-Quran berkaitan politik, terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan ulama. Mereka mendakwa ulama dahulu dan kini semuanya palsu, menyelewengkan ajaran Allah SWT, bertopengkan amalan Rasul serta telah mereka-reka hukum. Mereka mendakwa ulama mencipta hukum halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan Islam, dan sebagainya walhal semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama sekutu Allah SWT.



LATAR BELAKANG

Pada zaman Rasulullah s.a.w, bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat ditinjau di kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran Baginda serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Namun, mereka ini tidaklah dikategorikan sebagai anti hadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak beriman terhadap ajaran Islam itu sendiri. Semasa zaman Sahabat RA, terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin Khalid yang cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Dia telah membincangkan hal tersebut dengan Abdullah bin Umar RA. Namun, Ibnu Umar RA telah mengingatkannya agar menerima dan melaksanakan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sungguhpun begitu, ia hanyalah dalam ruang lingkup pandangan peribadi seseorang dan tidaklah berkembang dalam bentuk kumpulan atau gerakan. AlHasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab, "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab, "Terima kasih, aku baru sedar." Pada kemudian harinya, orang itu menjadi seorang ahli fikah. Seterusnya, golongan ini telah muncul secara berkelompok dalam kurun kedua Hijrah. Mereka ini berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan terhadapa hadis yang bersifat bukan Mutawatir seperti Hadis Ahad, seterusnya mereka yang mendakwa bahawa hadis bukanlah penerang atau penguat kepada al-Quran bahkan dianggap sebagai hukum yang terpisah daripada alQuran



MATLAMAT DAN FAKTOR PENUBUHAN

Matlamat utama golongan anti hadis ini adalah untuk melemahkan ajaran Islam dari dalam. Ini terbukti dengan merujuk kepada perkembangan anti hadis pada zaman mutakkhir iaitu apabila seorang Yahudi bernama Goldziher telah dibiayai dengan biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti AlAzhar pada tahun 1873 dalam bidang Sunnah. Pada tahun 1976, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian dia mengajar di Maktab Zionis Budapest selama 15 tahun untuk melahirkan graduan-graduan zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari Sunnah. Ini bertujuan melemahkan Islam dari dalam. Antara faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan fahaman ini ialah terpengaruh dengan idea-idea yang yang dikemukakan oleh orientalis Barat. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang bukan berlatarbelakangkan Pengajian Islam telah cuba untuk membahas isuisu yang berkaitan dengan sumber perundangan hukum Islam yang ternyata hanyalah berasaskan kajian saintifik beliau serta penaakulan akal semata-mata. Walhal, hukum Islam bukanlah boleh diukur keberkesanannya berdasarkan anggapan atau pemikiran yang bersifat terhad malah ia merupakan wahyu daripada Allah SWT yang tidak boleh dikritik apatah lagi untuk menafikannya secara mutlak. Malah, terdapat beberapa orientalis sebelum beliau seperti Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht yang telah mengkritik keautoritian hadis sebagai sumber hukum dengan menyatakan bahawa hadis merupakan ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun selepas kewafatan Nabiصلى الله عليه وسلم dan kemudian dikaitkan dengan Baginda. Mereka juga mendakwa kitab-kitab hadis sahih tidak mengandungi kata-kata atau perbuatan Nabi s.a.w, bahkan ia mengandungi anggapan atau tekaan pengumpul-pengumpul hadis seperti al-Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam al-Nasa’i dan Imam Ibnu Majah sebagai hadis sahih atau riwayat-riwayat sahih mengenai kata-kata dan perbuatan Nabi s.a.w. Jelas di sini bahawa mereka cuba mengaitkan kebenaran fakta dengan akal pemikiran dalam membuktikan bahawa sesuatu kebenaran yang tersimpan dan muncul semula selepas beberapa ketika boleh terdedah dengan unsur-unsur kekurangan atau penyelewengan. Dalam erti kata yang mudah, mereka mengatakan kebenaran itu tidak semestinya bersifat kekal malah perlu dikaji semula akan kesahihannya agar bersesuaian dengan keperluan akal dan keadaan kehidupan semasa.



HUJAH YANG DIGUNA PAKAI

i. Mereka menganggap hadis merupakan satu penyelewengan daripada ajaran-ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan tidak boleh diterima sebagai sumber perundangan Islam. Malahan, ia dianggap muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lalu dikaitkan dengan Baginda.
ii. Mereka mengatakan Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril serta dianggap telah lengkap, sempurna dan terperinci. Oleh itu, alQuran tidak memerlukan sebarang bentuk penghuraian mahupun pentafsiran.
iii. Beranggapan bahawa umat Islam telah menyeleweng dari ajaran Tuhan yang sebenar. Ajaran Tuhan yang sebenar adalah semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi terakhir serta yang dibawa oleh Baginda ialah al-Quran dan tidak ada yang lain daripada itu.
iv. Menganggap hadis sebagai satu catatan sejarah yang boleh dan perlu dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dan menilai zaman itu
v. Lafaz dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam kini adalah dilarang oleh al-Quran kerana syahadah yang .ال إله اال اهلل hanyalah diwajibkan
vi. Menolak kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar yang merupakan salah satu perkara terpenting dalam Rukun Iman. Hanya kerana ia dinyatakan melalui hadis lalu dianggap bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran.
vii. Tafsiran berkenaan kalimah al-hikmah dalam surah al-Baqarah ayat 2 yang ditafsirkan oleh al-Imam al-Syafie sebagai sunnah atau hadis adalah tidak munasabah. Mereka telah merujuk tafsiran oleh Maulana Muhammad Ali yang menyatakan bahawa kalimah al-hikmah adalah salah satu nama al-Quran Seterusnya menghuraikan maksud ayat al-Quran dalam surah al- Nisa’ ayat 59 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah” dengan menyatakan bahawa kita disuruh mentaati Rasul ialah mentaati perutusannya dan bukan mentaati Nabi Muhammad s.a.w
viii. Dengan merujuk surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksudnya, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”. Mereka menyatakan bahawa ayat ini tidak bermaksud untuk merujuk kepada gerak geri dan kelakuan Nabi Muhammad SAW seperti cara beliau makan, pakai, tidur dan sebagainya. Ia sebenarnya merujuk kepada keyakinan, pegangan, pendirian dan perjuangan. Malahan, semua kelakuan dan gerak geri seseorang itu ditentukan oleh faktor-faktor seperti kebudayaan, pendidikan, semasa, tempat dan perbuatan



GOLONGAN YANG TERLIBAT

Sebenarnya golongan anti hadis ini wujud di sepanjang zaman. Pihakpihak yang terlibat dalam golongan anti hadis ini terdiri daripada musuh-musuh Islam (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014). Antara kelompok-kelomPok yang terlibat dalam golongan anti hadis ialah seperti berikut: Pertama, golongan yang menolak hadis terus, tidak mahu menggunakan hadis. Mereka hanya menggunakan Al-Quran sahaja. Ini kalau dilihat melalui penulisan Kassim Ahmad, berasaskan penulisannya dan umum yang bercakap tentangnya pada hari ini, dapat dilihat bahawa dia membawa ideologi anti hadis yakni menolak hadis dan menyeru manusia beramal dengan Al-Quran sahaja.

Kedua, golongan yang juga anti hadis, tapi dalam masa yang sama mereka mencipta hadith lain. Ini merujuk kepada syiah. Syiah hakikatnya adalah anti-hadis tetapi ramai yang tidak perasan dan kurang sedar hal ini. Masalah syiah adalah lebih besar dari isu Kassim Ahmad walaupun tidak dinafikan kedua-duanya bahaya dan merosakkan Agama Islam. Namun Syiah lebih bahaya dari segi menolak hadis Nabi yang sahih sama ada dari Sahih Bukhari, Muslim dan selainnya, lalu mereka mencipta hadis-hadis yang baru lagi palsu. 

Ketiga, golongan orang yang mengiktiraf kedudukan Al-Quran dan Sunnah, tetapi tidak beramal dengannya. Mereka mengambil separuh, tinggal separuh, ataupun tidak beramal dengannya langsung walaupun tidak menolak kebenaran Al-Quran dan Hadis sebagaimana golongan anti hadis. Sebaliknya mereka tidak beramal mungkin kerana malas, suka melakukan maksiat, fasiq dan sebagainya. Jadi ini adalah empat kategori manusia secara amnya dalam berurusan dengan hadis Nabi s.a.w.



ISU DAN CABARAN

Kumpulan-kumpulan anti Hadis telah wujud di Malaysia sejak tahun 1984. Kumpulan ini diketuai oleh intelektual dan disokong oleh orang yang berpengaruh. Mereka bergerak secara rahsia selepas diharamkan dan mengambil bahagian dengan ideologi-ideologi lain yang serupa yang tidak bertentangan dengan ajaran dan undang-undang Islam. Mereka terus merebak dalam pelbagai cara dan menggunakan semua peluang yang mereka ada. Tiada tindakan boleh diambil terhadap mereka kerana ketiadaan laporan daripada orang ramai dan akibatnya, bukti-bukti kewujudan mereka sangat sukar untuk didapatkan. Penggunaan internet membantu mereka dalam menyebarkan ideologi mereka tanpa dikesan dengan mudah oleh pihak berkuasa.

Pergerakan anti hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kassim Ahmad, seorang pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-rakannya seperti Othman Ali dan Abdul Manan Harun mula mengembangkan fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba menarik perhatian umat Islam dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik menerusi akal. Idea tersebut kemudiannya dikembangkan menerusi penulisan artikel yang bertajuk Penolakan Teori Ahli -ahli Hadis di dalam ruangan Berani Kerana Benar dalam akhbar Watan. Pada September 1985, beliau telah menganjurkan sebuah Majlis Diskusi yang membahaskan berkenaan Teori Hadis di Pejabat ALIRAN (Aliran Kesedaran Rakyat) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di rumah beliau sendiri di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Berikutan itu, beliau telah dikecam oleh para ulama atas doktrin sesatnya itu dan pihak kerajaan telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancang untuk diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Seterusnya pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula terbitan Media Intelek Sdn. Bhd (Ghazali, et al., 2016). Di dalam buku tersebut, Kassim menceritakan bagaimana ia mendapat idea berkenaan penilaian semula hadis berasaskan pembacaannya melalui buku-buku tulisan Rashad Khalifa seperti The Computer Speaks: God’s Message to the World, Quran The Final Scripture, Quran, Hadith and Islam, dan Quran Visual Presentation of the Miracle. Kassim Ahmad juga cuba untuk membuktikan andaiannya bahawa hadis merupakan satu ajaran palsu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w dan dianggap sebagai salah satu dari punca perpecahan dan kemunduran umat Islam.



KESAN PENYEBARAN

Kita akan berasa amat dukacita apabila segala penyakit terkena kepada akidah, ibadat dan muamalah kaum muslimin.Bagi seseorang atau sesuatu kelompok yang terpincang dari landasan agama, pegangan islam mereka bertambah lemah.Malah, mereka cuba mencari formula baru kerana merasakan Islam sudah tidak berfungsi lagi.Perkara yang sebenarnya, bukan Islam yang tidak berfungsi, tetapi mereka sendiri yang tidak kembali menghidupkan Islam yang sebenar atau Islam tulen.Ternyata segala rancangan membangunkan umat tanpa Islam gagal.

Dunia Islam dibaluti dengan pelbagai penyakit.Hal ini semua adalah berpunca daripada sikap memesongkan agama.Kelemahan akidah ini juga turut mengundang kelemahan lain.Dengan itu, kita tidak akan ke hadapan dalam agama, teknologi dan juga pembangunan.Dalam masa yang sama, Barat mengambil alih kebangkitan kebendaaan dan kemodenan.Barat yang telah kehilangan agama, mengisi roh tamadun mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara terpenting.Nilai agama jauh terasing daripada pembangunan yang mereka usahakan.

Seiring dengan hasrat Revolusi Industri, kamus halal dan haram tiada tempat dalam era ini. Bahkan bagi mereka, terikat dengan agama dalam menempuh hidup yang lebih selesa serta menikmati kemajuan adalah suatu kekolotan.Ternyata mereka benar-benar mencapai era pembangunan kebendaan yang mengagumkan.

Islam adalah pembela sebenar kaum wanita. Sebelum kedatangan Islam, hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan yang lengkap. Jika ada pun, ia adalah atas ehsan dan simpati kaum lelaki semata-mata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai.Sebagai contohnya, masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek pula menganggap wanita lebih rendah nilainya daripada lelaki.Pelacuran pula menjadi amalan biasa dalam masyarakat Greek dan Rom.Manakala masyarakat Mesir Kuno pula menganggap wanita adalah lambang syaitan dan masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup.



KESIMPULAN

Golongan anti hadis yang timbul kebelakangan ini sama ada di Malaysia atau di tempat-tempat lain adalah pelopor kepada satu kefahaman yang salah yang tidak pernah timbul dalam sejarah umat Islam walaupun oleh pencipta-pencipta hadith palsu atau oleh golongan muktazilah, murjiah dan sebagainya. Golongan anti-hadith adalah golongan yang langsung tidak mempercayai bahawa perkataan Nabi s.a.w adalah benar (walaupun dapat dibuktikan kebenarannya) kerana kebenaran dalam sunnah/hadith tidak langsung diimani oleh golongan anti-hadith. Lebih-lebih lagi, mereka tidak langsung membuat petikan kepada sunnah/hadith dalam penulisan mereka (walaupun mereka sebenarnya melakukannya tanpa diakui oleh mereka seperti dalam kisah pengumpulan Al-Quran).

Jelas bahawa golongan anti-hadith adalah golongan pertama daripada kalangan umat Islam yang menolak autoriti Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang bercakap, bertindak malah diamnya sendiri sebagai wahyu Allah. Persoalannya, bagaimana mereka membezakan antara Al-Quran dan sunnah yang kedua-duanya datang melalui Rasulullah s.a.w kalau tidak Rasulullah s.a.w itu diwahyukan? Akhirnya dapatlah disimpulkan kefahaman golongan anti-hadith tidak berasas sama sekali dan kalau hendak digunakan penghujahan anti-hadith, sudah pasti Al-Quran sendiri pun tidak dapat diterima sebagai benar. Malah, kronologi pengumpulan Al-Quran sendiri pun diasaskan kepada sunnah/hadis kerana tidak ada sumber lain yang dapat memberitahu hal ini. Sudah tepatlah bahawa fahaman anti-hadith adalah satu kedangkalan, kejahilan dan ajaran yang salah dan sesat serta membahayakan sistem teologi dan perundangan Islam secara keseluruhan.

Comments